Siti Munira & Co

Mengenali Siti Munira & Co.

Tetuan Siti Munira & Co. merupakan sebuah firma guaman yang telah beroperasi selama lebih 14 tahun, dengan pengalaman dalam mengendalikan pelbagai urusan dan perkara perundangan merangkumi Pentadbiran Pusaka, Hartanah, Tuntutan Sivil, Korporat serta Nasihat Perundangan.

Dipimpin oleh Puan Siti Munira Binti Abdul Rahman, graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau mempunyai pengalaman selama 15 tahun sebagai Peguambela dan Peguamcara.

Dengan pengalaman dan pemahaman yang luas dalam bidang perundangan, kami komited untuk memberikan khidmat guaman yang profesional, teliti dan berfokus kepada keperluan serta kepentingan setiap klien.

Tawaran Penyelesaian Undang-Undang

Di Siti Munira & Co. Advocates & Solicitors, kami menawarkan penyelesaian undang-undang yang menyeluruh untuk pentadbiran pusaka, pengurusan harta, urusan jual beli hartanah, tuntutan sivil, korporat serta nasihat perundangan dalam pelbagai bidang lain.

Nasihat Undang-Undang Profesional

Anda akan mendapat nasihat undang-undang yang jelas dan sesuai dengan keperluan anda.

Kepakaran dalam Pengurusan Harta dan Pusaka

Kami berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes kompleks berkaitan harta pusaka dan memastikan hak-hak anda terjamin.

Penyelesaian yang Tepat dan Cepat

Dengan pendekatan yang berstruktur, kami memastikan proses pentadbiran harta dan jual beli hartanah anda berjalan dengan lancar.

Khidmat Pelanggan yang Komprehensif

Kami sentiasa sedia membantu anda sepanjang proses, memberikan maklumat dan sokongan yang diperlukan.

Pengurusan Pertikaian yang Efektif

Kami membantu menyelesaikan pertikaian antara waris dengan cara yang adil dan bijak.

Kami komited untuk membantu anda mencapai ketenangan fikiran dengan memastikan segala urusan harta anda berjalan lancar dan mengikut undang-undang.