Anda mungkin tidak pernah terfikir tentang masalah yang boleh timbul selepas kematian seseorang yang tersayang. Namun, tanpa perancangan harta yang rapi, harta pusaka yang diwarisi boleh menjadi punca kepada pertelingkahan antara waris. Sebidang tanah yang diwarisi, contohnya, boleh menjadi milik puluhan waris yang tidak dikenali, membawa kepada konflik keluarga yang berpanjangan dan aset yang akhirnya terbiar beku, tidak memberi manfaat kepada sesiapa. Bayangkan, harta yang sepatutnya menjadi bantuan di dunia dan akhirat menjadi punca kesulitan kerana tiada tindakan awal diambil.
Kesukaran dalam menguruskan harta pusaka kerana dokumen penting seperti geran tanah atau perjanjian jual beli hilang atau tidak lengkap.
Masa yang diambil untuk menyelesaikan urusan pentadbiran harta pusaka terlalu lama, menyebabkan waris terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk menerima bahagian mereka.
Waris yang tidak bersetuju dengan kandungan wasiat atau hibah, menyebabkan pertikaian yang memerlukan penyelesaian undang-undang.
Ramai yang tidak membuat sebarang perancangan harta seperti wasiat atau hibah, menyebabkan kesulitan besar kepada waris setelah ketiadaan mereka.
Kesukaran dalam menguruskan aset dan harta syarikat selepas kematian pemilik, yang boleh mengakibatkan gangguan operasi dan pertikaian antara ahli keluarga serta rakan kongsi.
Masalah dalam menguruskan harta pusaka yang berada di luar negara, memerlukan pengetahuan undang-undang antarabangsa dan prosedur yang rumit.
Jangan biarkan masalah ini berlanjutan sehingga harta anda terbeku atau terlibat dalam pertikaian undang-undang. Bertindaklah sekarang untuk melindungi masa depan waris anda.
Tetuan Siti Munira & Co. telah ditubuhkan selama 11 tahun dan telah menyelesaikan banyak kes yang melibatkan Pentadbiran Pusaka,hartanah,tuntutan sivil,korporat dan nasihat perundangan.
Peguam kami Puan Siti Munira Binti Abdul Rahman, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa, LL.B (Bachelor of Laws) dan Mempunyai pengalaman beramal sebagai Peguambela dan Peguamcara selama 12 tahun.
Di Siti Munira & Co. Advocates & Solicitors, kami menawarkan penyelesaian undang-undang yang menyeluruh untuk pentadbiran pusaka, pengurusan harta, urusan jual beli hartanah, tuntutan sivil, korporat serta nasihat perundangan dalam pelbagai bidang lain.
Anda akan mendapat nasihat undang-undang yang jelas dan sesuai dengan keperluan anda.
Kami berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes kompleks berkaitan harta pusaka dan memastikan hak-hak anda terjamin.
Dengan pendekatan yang berstruktur, kami memastikan proses pentadbiran harta dan jual beli hartanah anda berjalan dengan lancar.
Kami sentiasa sedia membantu anda sepanjang proses, memberikan maklumat dan sokongan yang diperlukan.
Kami membantu menyelesaikan pertikaian antara waris dengan cara yang adil dan bijak.
Kami komited untuk membantu anda mencapai ketenangan fikiran dengan memastikan segala urusan harta anda berjalan lancar dan mengikut undang-undang.
Ada soalan atau perlu maklumat lanjut perkhidmatan Kami?
Sila isi borang di bawah. Kami sedia membantu anda.